Tuesday, 26 March 2013

FINE FRAGRANCE


Salam.
Ini post pertama sy. Nak tanya anda tahu apa fine fragrance? Yg saya tahu fine fragrance merupakan inovasi baru dalam pembuatan minyak wangi. Anda tahu beza EDP, EDT dan berbagai kumpulan minyak wangi? Yg membezakan perfume tersebut ialah kandungan pati minyak wangi dan kandungan perfumers alcohol yg terdapat di dlm kandungan botol tersebut. Biasanya branded perfume yg mahal adalah jenis EDP yg mengandungi 10% ke 15% pati minyak wangi/aromatic accents dan selebihnya adalah perfumers alcohol. Parfum pula lebih mahal kerana mengandungi 30% ke 40% pati minyak wangi dgn campuran perfumers alchohol 60% ke 70%. Jadi lebih besar kepekatan aromatic accentsnya dgn jumlah perfumers alcohol yg lebih rendah maka LEBIH MAHALlah minyak wangi tersebut.

Hmmmmm berbelit juga ayat tentang fakta harga dan kandungan minyak wangi. Tp ada juga perfume murah di pasarankan? Ada kata imitate ada kata gred aaa ada kata reject dan macam-macam pengakuan peniaga. Rasanya ramai yg jujur dan mungkin juga ramai yg tak pasti tentang apa yg mereka perakui atau claimed. Tp kalau dah jauhari pasti mengenal manikam. Hanya pro dan pakar saja yg mengenal yg ori.........

Walau bagaimana pun, mcm-mcm jenis minyak wangi dgn berbagai harga dapat kita search di internet. Sy pun baru belajar. Kalau salah tolong betulkan. Dalam islam pula ada beberapa pandangan dan terpulanglah pada masing-masing nak ikut pendapat ulamak mana.

Tapi apa kata kalau sy perkenalkan satu inovasi baru iaitu minyak wangi semburan tanpa alcohol. Minyak wangi yg mengandungi 90% ke 95% pati minyak wangi dan selebihnya merupakan bahan yg digelar perfumers syntethic solvent.

Tentu pelikkan? Demikianlah kemajuan teknologi terkini. Selalunya pati minyak wangi djual dlm botol roll on atau calit bukan sembur. Tapi kini minyak wangi 100% original dgn 0% alcohol telah tercipta dan ia masih baru di pasaran.

1 comment:

  1. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah wawasan.

    Parfum Ori
    Perbedaan Eau de parfum dan Eau de toilette.

    ----------

    ReplyDelete