Friday 29 March 2013

MINYAK WANGI

ada menggelarnya minyak wangi dan ada memanggilnya perfume. apapun kedua-duanya ada persamaan dan ada perbezaan. bezanya pd kandungan alcohol dan pati. ainianais perfume collection merupakan minyak wangi yg diklasifikasikan sbgai fine fragrance. hasil inovasi baru dlm penciptaan spray perfume. tiada mengandungi alcohol dan dkatakan mengandungi 95% pati minyak wangi jd setiap semburan baunya tahan lebih 24jam.

Wednesday 27 March 2013

Nak Perfume Berkualiti Atau Nak Botol Cantik?

Salam.
 Kalau diberi pilihan anda nak pilih? Botol minyak wangi yg murah tetapi mengandungi fine perfume yg 100% original atau anda pilih botol minyak wangi yg menyerupai botol original (designers) tp isinya tiruan dan tak berkualiti. Tak dinafikan  perempuan mudah tertarik pada kecantikan luaran botol perfume. Kaum adam? WAllahua'lam. Bagi yg mampu tentu tak menjadi masalah krn dpat melabur melebihi rm300 untuk sebotol designer perfume. 
Banyak perfume berjenama dijual murah dalam pasaran. Botol perfume menyerupai ori boleh didapati dari kilang cina atau indonesia. Tp kandungannya? Di negara Eropah fine fragrance sudah mendpt sambutan sejak pertengahan tahun 2011. Tapi fine fragrance masih baru di pasaran tempatan.
Jadilah antara orang pertama yg menggunanya.

Mencari keredhaan ilahi


Tuesday 26 March 2013

Islam Dan Minyak Wangi

salam
anda suka perfume?
saya pasti ramai yg suka wangi dan benci busuk. tahu tak berwangian tu, antara sunnah nabi s.a.w?

أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)

حبب إلي من دنياكم النساء والطيب وجعلت قرة عين في الصلاة

Maksudnya: "Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat." (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)

Wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:

طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه وطيب النساء ما خفي ريحه وظهر لونه

Maksudnya: wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. (hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)


Wangian wanita

Diluar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:

أيما إمرأة استعطرت فمرت بقوم ليجدوا ريحها فهي زانية

Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehinggu dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya.

Wangian Rasulullah

Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :

ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله

Maksudnya: "Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w." (Hadis sahih Bukhari Muslim)

Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud - sanad hasan).

Makruh menolak pemberian wangian

Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:

من عرض عليه ريحان فلا يرده

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Hr Muslim)

FINE FRAGRANCE


Salam.
Ini post pertama sy. Nak tanya anda tahu apa fine fragrance? Yg saya tahu fine fragrance merupakan inovasi baru dalam pembuatan minyak wangi. Anda tahu beza EDP, EDT dan berbagai kumpulan minyak wangi? Yg membezakan perfume tersebut ialah kandungan pati minyak wangi dan kandungan perfumers alcohol yg terdapat di dlm kandungan botol tersebut. Biasanya branded perfume yg mahal adalah jenis EDP yg mengandungi 10% ke 15% pati minyak wangi/aromatic accents dan selebihnya adalah perfumers alcohol. Parfum pula lebih mahal kerana mengandungi 30% ke 40% pati minyak wangi dgn campuran perfumers alchohol 60% ke 70%. Jadi lebih besar kepekatan aromatic accentsnya dgn jumlah perfumers alcohol yg lebih rendah maka LEBIH MAHALlah minyak wangi tersebut.

Hmmmmm berbelit juga ayat tentang fakta harga dan kandungan minyak wangi. Tp ada juga perfume murah di pasarankan? Ada kata imitate ada kata gred aaa ada kata reject dan macam-macam pengakuan peniaga. Rasanya ramai yg jujur dan mungkin juga ramai yg tak pasti tentang apa yg mereka perakui atau claimed. Tp kalau dah jauhari pasti mengenal manikam. Hanya pro dan pakar saja yg mengenal yg ori.........

Walau bagaimana pun, mcm-mcm jenis minyak wangi dgn berbagai harga dapat kita search di internet. Sy pun baru belajar. Kalau salah tolong betulkan. Dalam islam pula ada beberapa pandangan dan terpulanglah pada masing-masing nak ikut pendapat ulamak mana.

Tapi apa kata kalau sy perkenalkan satu inovasi baru iaitu minyak wangi semburan tanpa alcohol. Minyak wangi yg mengandungi 90% ke 95% pati minyak wangi dan selebihnya merupakan bahan yg digelar perfumers syntethic solvent.

Tentu pelikkan? Demikianlah kemajuan teknologi terkini. Selalunya pati minyak wangi djual dlm botol roll on atau calit bukan sembur. Tapi kini minyak wangi 100% original dgn 0% alcohol telah tercipta dan ia masih baru di pasaran.